Surat Cinta

Dari pagi tadi pukul 8pagi aku sudah meracau di pejabat. dengan drawings dan tender submissions. kemudian datang suprise dari cinta hati. kejutan yang teramat sangat. Dengan itu aku berjanji malam ini aku akan tulis surat cinta tanda sayang aku yang teramat sangat.


Macam ini rasa cinta


salam cinta,


Terima Kasih atas kejutan pagi tadi. Dalam serabut aku , engkau masih mampu buatku tersenyum. Aku suka hadiah kejutan itu, aku benar-benar terkejut. Aku tidak berharap langsung hadiah itu. Seolah-olah segala bebanan dibahu aku ini diangkatmu. seolah-olah aku berterbangan bahagia menerima khabar beritamu.

Cinta,
terima kasih kerana ada bila aku tiada apa. terima kasih kerana sentiasa mendengar keluhanku, terima kasih kerana tidak berkira denganku, terima kasih kerana memaafkanku, terima kasih kerana mengenal aku lebih dari orang lain. terima kasih atas segala pahit manis yang menjadikan aku ini aku. terima kasih kerana tidak lupakan aku.

Cinta,
Sudah beberapa hari aku berduka, bonda lupa akan hari jadi adinda. terima kasih sebab hari ni cinta bagi tiga kejutan terbaik buat diri ini, walaupun bahagia itu bukan untuk adinda, tetapi mendengar khabar berita untuk kakanda dan ayahanda sudah mampu meringankan batu dibahu aku. mendengar suara bahagia bonda sudah mampu mengalirkan air mata gembira ini tika aku menghadap CPU. terima kasih. seribu satu ragu aku itu sudah tertanam semat kini aku sudah mampu berfikir untuk diriku.

Cinta,
Kenapa lain yang aku usahakan, lain yang aku dapat? bukan aku mempersoal. tetapi tidak pun aku berharap yang itu, yang ini tetapi engkau seolah-olah telah merencana lengkap percutian ini buatku. seolah-olah payah-payahku dulu untuk bahagia-bahagiaku nanti. wahai cinta kalau kau tahu bertapa bahagianya aku disentuh kamu. sehingga keurat engkau menyentuhku. bukan sekilas. tetapi rapat erat.

cinta
kalau kau figura hidup, akan ku rangkul engkau rapat-rapat. seperti aku ingin terus berada dalam dakapan ayahku. akanku lihat engkau penuh kagum atas kebesaranmu. engkau bukan menyuluh hidup, engkau hidup disisiku tidak langsung berganjak meninggalkan aku. dan hari ini kau angkat bag galas ku seberat batu. ringan terasa ngilu. sudah sedikit rasa bahagia , kemudian kau beri kejutan kedua, seterusnya dengan ketiga. oh cinta, aku bahagia. terlalu syukur. terima kasih.

cinta,
maka kini aku berpegang kepada setiap satu janjimu. sebab janjimu itu tiada pernah berdusta. aku sudah rasa sebahagian rahsia hidupku. aku kini faham mengapa cintamu itu beda. beda dari dunia. kerana cintamu kepadaku itu seperti magis yang menghidupkan matiku.

aku cintakan kau penciptaku
tanpa ragu.
cintaku untukmu

anginawan:

Wala Tahinu, Qowiy!
“Jangan lemah, Kuat!”

Untuk saudara-saudaraku di Gaza